Latar Belakang TS25




2019 Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa telah terpilih sebagai sekolah tranformasi. Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013  2025.

OBJEKTIF
TS25 adalah merupakan satu usaha yang berterusan ke arah melahirkan modal insan yang unggul. Antara objektif SMK Kampung Baru SiRusa, Port Dickson adalah :-

1.      Menyediakan ruang persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
2.      Sokongan barisan kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan.
3.      Barisan guru yang kompeten dan mempunyai aspirasi yang tinggi
4.      Komitmen PIBG dan komuniti setempat yang padu.

No comments:

Post a Comment