Sejarah Sekolah

SMK Kampung Baru Si Rusa (SMKKBSR) merupakan salah sebuah sekolah yang terletak dalam daerah Port Dickson iaitu kira-kira 10 km dari bandar Port Dickson. Sekolah ini terletak dalam kawasan yang majoritinya berketurunan Melayu. Selain itu, kedudukan sekolah ini juga berhampiran dengan kem-kem tentera dan pantai-pantai peranginan yang menjadi tumpuan pelancong khususnya pada hujung minggu.

SMK Kampung Baru Si Rusa ditubuhkan pada 1 Januari 2004. Tokoh tempatan yang telah berusaha bagi mewujudkan sekolah ini ialah Encik Baharudin bin Haji Yusoff. Pada awalnya sekolah ini telah menumpang di premis SMK Bukit Saujana. Care taker yang dilantik ialah Puan Hajah Siti Rohana bt. Ariffin. SMK Kampung Baru Si Rusa mula beroperasi di premis sendiri pada tahun 2005. Sekolah ini dibina di atas tanah berkeluasan 14 ekar dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas.

Kumpulan guru yang awal ialah seramai 27 orang dan jumlah murid pada masa itu ialah seramai 380 orang. Bilangan guru dan murid semakin bertambah sehinggalah ke hari ini.  Pengetua pertamanya ialah Encik Md Piah bin Md Jamin manakala GPK 1 yang pertama ialah Puan Hajah Siti Rohana bt. Ariffin. GPK HEM pertama ialah Puan Hajah Reha bt. Masngadi dan GPK Kokurikulum disandang oleh Tuan Haji Romeli bin Ahmad.

Pada tahun 2007 SMKKBSR menerima pengetua baharu iaitu Tuan Haji Khidzer bin Haji Ahmad. Pada tahun 2008 beliau telah bersara wajib dan digantikan oleh Puan Hajah Normah bt. Tahir sehingga tahun 2015. Pada tahun 2015 SMKKBSR menerima seorang pengetua baharu iaitu Tuan Haji Sahak bin Ahmadun sehinggalah ke hari ini.

No comments:

Post a Comment